CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 23, 2012

DI SAAT AKU MENCINTAIMU.......

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera....

Jiwang....wink*wink
Lama saya tak pos apa-apa di blog ini, hari ini mood saya pula mood jiwang. Rasa nak kongsi mood jiwang itu dengan anda semua. Entah-entah ada juga yang sama mood macam saya. Tak salah kan kalau kita selalu bertukar-tukar mood, resam manusia ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, ada masa kita murung, ada masa kita rasa macam nak melompat. He he he he. Macam-macam kan peel manusia ni. Tapi kalau rasa nak melompat, jangan pula terlebih lompat nanti sangkut pula kepala tu di kipas angin. Itu sudah membunuh diri namanya. He he he he.

Kenapa mesti ada rindu dalam hati ini? Salahkah kalau kita merindui seseorang selain dari rindu kepada Allah? Semoga sayang, kasih dan rindu yang ada dalam hati ini pada Allah adalah yang paling agung. Insyaallah, saya ingin menjadi hambanya yang terbaik di dunia dan akhirat. Hati dan jiwa ini adalah milik mutlak Allah. Kita cuma dipinjamkan sekejap untuk merasai dan menikmati keindahan mempunyai hati dan jiwa. Kadang-kadang hati kita memberontak apabila apa yang diinginkan selalu tidak akan diperolehi. Kita merajuk, marah, murung, sedih dan tertekan....Pada Allah jua lah tempat untuk kita mengadu kerana Dia Maha Mendengar. Insyaallah sekiranya kita bersabar dan redha dengan semua kekusutan atau musibah yang diberi Allah, kita akan memperolehi hikmah yang mungkin kita tak pernah duga. itulah kebesaran Allah. Allah tidak akan pernah melupakan kita cuma kita yang kadang-kadang marah kan Dia kerana tidak dapat menerima takdirNya. Semoga Allah sentiasa merestui setiap apa yang hati dan jiwa saya rasakan atau inginkan. Semoga hati saya juga sentiasa bersih dan suci dari berprasangka jahat. Nauzubillah...minta dijauhkan..!! Jom kita layan kehendak hati dan jiwa saya pada hari ini. He he he he.




Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintai dirimu
Berharap kau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang mengisi hatiku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang mengisi hatiku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

 ~Titik.Noktah.Dot.Dot~

Saturday, February 4, 2012

UDANG MASAK PADPRIK

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul untuk rakan-rakan pembaca semua. Hari ini saya ada mood pula untuk menulis. Sekarang ini, buat apa pun rasa macam malas sangat. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, panas semacam saja sampaikan hati pun cepat panas. Pantang salah sikit mula lah nak melenting tak tentu pasal. Maaf lah ye bagi sesiapa yang kena tempias panas itu. Ianya tidak disengajakan. Ok lah, berbalik kepada pos kali ini mengenai resipi pilihan saya. UDANG MASAK PADPRIK. Masakan padprik ini memang merupakan masakan kegemaran saya tak kira lah samada makan di kedai atau masak sendiri di rumah. Ianya mudah untuk disediakan dan sedap sangat. Asal-usul masakan ini tidak pula saya ketahui tetapi mungkin dari negara seberang, Thailand. Ini kerana kebanyakan restoran atau kedai-kedai makanan Thailand pasti akan menyediakan menu ini sebagai menu utama selain dari tomyam.  Saya tepekkan resipinya di bawah ini. 

UDANG/AYAM/SOTONG/DAGING MASAK PADPRIK ALA Pinkydahlia

1) Udang/Sotong/ Ayam/Daging - secukupnya
2) Cili Kisar - secukupnya
3) Cili Api - 4/5 biji
4) Sos Cili - secukupnya
5) Kicap - secukupnya
6) Sayur campur - lobak merah, kobis bunga, putik jagung, tomato dan kacang panjang (dipotong ikut suka)
7) Daun saderi
8) Daun limau purut
9) Bawang merah dan bawang putih - untuk menumis
10) Bawang besar 

Cara-cara menyediakannya :-

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus dan ditumis sehingga naik bau. Saya suka untuk lebihkan bawang putih sebab rasanya pasti berbeza dan lebih sedap. Setelah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar. Kuantiti mengikut kadar ketahanan lidah anda, kalau nak lebih pedas tambah lebih cili kisar tersebut. Biarkan sehingga masak cili kisar tersebut, kemudian masukkan udang/sotong/ayam atau daging atau kesemuanya sekali sekiranya anda suka. Masukkan cili api, sedikit sos cili serta kicap mengikut citarasa anda. Masukkan daun saderi serta tambahkan sedikit air untuk lebihkan kuahnya. setelah mendidih terus masukkan sayur-sayur campur yang dipotong ikut suka tadi. Masukkan juga daun limau purut untuk bau yang lebih enak. Akhir sekali masukkan bawang besar  yang dipotong bulat. Senang dan ringkas. Saya main campak-campak saja mengikut suka hati saya. Yang penting sedap. 


Dah pun siap. Boleh lah dimakan terus dengan nasi putih yang masih panas. Pasti terangkat sehingga tak sedar pun kalau mak mertua lalu di belakang. He he he he. Bagi yang ada suami tu, jangan pula makan sorang-sorang. Makan bersama sudah pasti akan lebih mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Almaklumlah, masakan air tangan isteri tidak akan pernah sama dengan air tangan bibik atau tukang masak di kedai. 

Sekadar peringatan, kalau anda masak padprik menggunakan udang, jangan pula dimasukkan dahulu. Ini untuk memastikan rasa udang masih segar dan rasa manis udang itu masih terpelihara. Sayur-sayur tadi juga jangan dibiarkan masak terlalu lama. Saya suka bila makan sayur itu tadi dengan rasa rangupnya masih ada. Wahhh...terliur dah saya. Tiba-tiba pula perut terasa lapar, kalau dapat makan masak padprik dengan nasi panas malam-malam seperti ini pasti akan terasa seperti di syurga. He he he he. Merepek pula saya. Jadi, untuk anda semua, SELAMAT MENCUBA. Saya pasti anda akan lebih disayangi suami dan anak-anak serta mak mertua sekali. Insyaallah...... ;-)


------> SELAMAT MENJAMU SELERA<------


Wednesday, February 1, 2012

I-City SHAH ALAM

Pokok Krismas..!!Cantik!!
Apabila disebut sahaja nama tempat ini, rasanya semua orang tahu di mana dan apa yang ada di sana. Dari dulu lagi saya cuma tahu ianya wujud tapi belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Belum ada rezeki agaknya. Bru-baru ini saya sempat berkunjung ke sana. Satu perkataan......TERUJA..!!! Semuanya tidak dirancang sama sekali. Kebetulan saya dipanggil untuk menduduki peperiksaan di SME Corporation, Kuala Lumpur, waktu itu pula memang amat sesuai untuk mengambil cuti panjang. Dengan masa yang ada, sempat lah juga saya singgah di i-City, Shah Alam. Benda pertama yang bermain di fikiran pabila sampai ke sana ialah agak-agaknya berapa lah kos tenaga elektrik yang digunakan di i-City? He he he he. Ada jawapan tak untuk soalan saya tadi? Apa-apa pun, memang terbaik lah, macam jakun pun ada saya ini. Maklumlah saya ini cuma orang kampung. Hu hu hu hu. Tapi saya bukan orang kampung yang kolot tau..!!! Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Malaysia ini. Bak kata orang, semua maklumat cuma di hujung jari sahaja. Terpulang samada kita nak ambil tahu atau nak buat tak tahu. Jadi, pilihan di tangan kita.

Pertama kali saya melihat pokok-pokok berlampu ini ialah semasa saya bercuti di Terengganu pada penghujung tahun 2010 iaitu di Masjid Kristal. Pada masa tersebut, kerja-kerja pemasangan pokok-pokok masih dalam proses. Jadi, saya tidak berkesempatan untuk bergambar dengan 'mereka'. Pada masa itu, sekali lagi satu perkataan....TERUJA..!! Selepas daripada itu, dah banyak tempat yang mula 'menanam' pokok-pokok berlampu di Kedah termasuklah di Jitra. Dengan adanya pokok-pokok tersebut, suasana malam di Jitra ini berubah menjadi lebih menarik, tetapi tidak boleh menandingi i-City. Tempatnya sungguh luas dan lebih happening.....!!! Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat diambil di sana. Yippyyy.....!!

Koleksi Reptilia Terbesar di Malaysia.....Ngeri..!!! Saya tidak akan sesekali masuk ke dalam sana..Geli-Geleman. Mesti ada ular..!!! Tak suka.......




Di mana saja ada lampu......!!!
  

Meriah sungguh pokok-pokok di belakang itu........


Punya lah ramai orang yang beratur untuk menaiki benda 'alah' itu, saya tak ingat dah namanya...Hajat di hati nak juga naik, boleh melihat pemandangan i-City dari atas...mesti gempak kan tapi malas nak beratur!!!


Ermmm.......keluarga saya yang paling bes..!!!


Ini lah saya....He he he he.....;-)


Posing lagi.......cantik!!!


Saya lagi.....posing bersama-sama swan yang berlampu....!! Comel tak swan itu..???? Ke saya yang lagi comel...perasan!!!

Kalau anda semua berkunjung atau bercuti ke Kuala Lumpur, singgah lah ke i-City. Boleh juga kita menghilangkan tekanan serta merehatkan minda dengan melihat cahaya lampu yang cantik-cantik. Pasti membuatkan anda semua terpukau. Bagi yang berminat dengan seni fotografi dan mempunyai kamera yang canggih, anda digalakkan ke sini. Pasti gambar-gambar yang di ambil lebih cun. He he he he. Saya cuma ada kamera digital biasa sahaja tapi belasah saja kerana yang penting saya dan keluarga bergembira di sana. Dapat juga mengabdikan kenangan di i-City, Shah Alam. Kalau berkesempatan teringin juga nak berkunjung ke sana lagi. Insyaallah.......


Agak-agak kalau nak mengadakan majlis persandingan di sini macam si Nabil Raja Lawak tu boleh tak? Berangan saja lah. Pasti saya tak mampu kan...!!! He he he he. Siapalah saya...bukan artis ataupun VVIP. Mana lah ada orang yang mahu sponsor. Bersyukur saja lah dengan apa yang mendatang. Insyaallah, ALLAH maha mendengar. DIA pasti kurniakan yang terbaik untuk hambanya.


Destinasi seterusnya........saya belum tahu kerana tidak ada apa-apa perancangan lagi. Tapi ada lah saya berangan untuk ke seberang laut. Ermmm....ada ke bajet?? Harus kerja keras menyimpan duit dari sekarang....!!! Hu hu hu hu. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...betul tak??





Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].