CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 29, 2011

Awak ada hati tak? Kalau saya nak hati awak boleh tak?.......

Buat awak...........
 Memang saya punya hati dan perasaan tapi hati saya dah lama di bawa lari oleh helang durjana....Macammana saya nak bagi kat awak...?

Awak.......
Saya bukan perempuan melayu terakhir,
Saya juga bukan semulia Khatijah,
Saya juga bukan sepopular Jeniffer Lopez,
Saya cuma manusia biasa yang tak sempurna dari segala segi,

Awak......
Saya terkesima bila awak tanya saya ada hati ke tak...
Saya memang punya hati,
Tapi hati saya dah lama hilang dan saya tak pernah cari balik sebab saya tak
mahu rasai kekecewaan itu lagi,
Saya takut sangat-sangat sebab saya tak kuat untuk hadapi semua itu lagi,
Saya dah pernah beri hati saya pada orang yang salah,
Saya tak mahu ianya berulang kembali,
Biarlah saya sendiri sebab saya senang begini,
Saya sunyi, saya sepi tapi sekurang-kurangnya hati saya tak terluka,
Saya tak sanggup....

Awak.....
Saya serius bila saya kata saya takut,
Saya takut saya tak mampu nak kawal hati saya sendiri,
Saya lebih senang berkawan dengan semua orang,
Tanpa perlu ada sebarang ikatan istimewa,
Mana ada perempuan yang tak mahukan semua itu,
Saya juga mahu,
Tapi saya lebih suka bersikap berhati-hati,
Tak salah kan ?

Awak......
Kepercayaan saya pada lelaki terlalu tipis,
Saya tak pernah cuba untuk percaya kan lelaki lagi,
Perlu ka saya percaya bila hati saya dah di siat-siat dengan kejam,
Saya pernah  cuba buka pintu hati saya untuk orang lain,
Tapi hasilnya cukup menyedihkan,
Kesimpulannya biarlah saya masih begini,
Saya Redha dan saya berserah 100% pada yang Maha Esa,
Dia yang lebih mengetahui segala-galanya,

Awak.......
Biarlah ianya datang sendiri tanpa perlu di paksa,
Saya tak mahu saya terpaksa sebab saya tak suka,
Biarlah semuanya berlaku dengan ikhlas,
Insyaallah bila kita ikhlas ia akan datang dengan sendirinya,
Saya tak bermaksud saya menolak awak,
Tapi saya mengambil pendekatan yang lebih selamat,
Atas sebab-sebab saya yang tersendiri,
Biarlah kita berkawan dahulu dan saling kenal dengan lebih lanjut,
Saya gembira bila berkawan dengan awak,
Cuma biarlah masa yang menentukan segala-galanya,

Awak.......
Saya tak memilih siapa pun untuk menjadi kawan saya,
Siapa pun orang itu saya terima dengan hati terbuka,
Saya percaya bila kita ikhlas kita akan lebih bahagia,
Dalam hidup ini, kita perlu bersyukur,
Dengan itu barulah kita akan beroleh ketenangan yang abadi,
Saya nak awak gembira dan lalui hari-hari awak dengan tenang,
Lupakan semua kenangan yang menyedihkan,
Awak bina hidup baru,
Insyaallah dengan harapan dan semangat yang kuat awak boleh...
Awak.......
Saya juga mahu jalani hidup saya dengan tenang,
Saya juga mahu kebahagiaan seperti orang lain,
Saya juga ada impian, ada angan-angan..
Ada ketika saya tergelincir dari landasan,
Tapi saya Redha sebab saya tak mahu mengalah,
Saya percaya pada kebesaran Tuhan,
Insyaallah
Jodoh, Ajal dan Pertemuan di tangan Dia,
Siapa kita untuk merancang semua itu,

Awak......
Saya gembira bila awak sudi berkawan dengan saya,
Saya harap awak ikhlas,
Tetapi saya tak menjanjikan bulan dan bintang untuk awak,
Jauh sekali saya ingin memberi harapan buat awak,
Sebab saya sendiri tak mahu menaruh harapan pada sesiapa pun,
Saya berserah sepenuhnya pada Dia,
Saya juga punya masa silam yang kelam,
Saya tak punya keluarga yang sempurna,
Saya ada banyak trauma dalam hati,
Saya mohon awak mengerti,
Saya tak layak untuk meminta sesuatu yang lebih baik,
Sebab saya juga tak sebaik mana....

Awak.......
Saya tujukan lagu ini untuk awak,
Sebagai pembakar semangat,
Sebab saya suka dengar lagu ini bila saya 'down'
Harap-harap awak suka.....:-)


Wink*Wink



Thursday, January 13, 2011

Kenapa saya sensitif?

Aku ingin menangis....
Kenapa saya sensitif? Saya rasa tajuk post kali ini cukup berat sebab ianya melibatkan soal hati dan perasaan saya. Salah kah saya sekiranya saya terasa hati dengan seseorang? ataupun saya sentiasa perlu menjaga hati orang lain sahaja tanpa mempedulikan perasaan saya sendiri? Sebab itulah saya rasa tajuk post kali ini berat untuk dibicarakan. Saya takut saya sudah menyakiti hati orang lain tanpa saya sedar. Sekarang ini, saya terasa seperti dipulaukan oleh seseorang tetapi saya tidak pasti apa kesalahan saya pada orang tersebut. Perlu kah saya terus memikirkan persoalan ini atau saya cuma perlu mendiamkan diri? Hati saya merintih sedih tetapi saya terpaksa membekukan hati saya untuk tidak terlalu memikirkannya kerana saya masih mempunyai masalah besar yang lain yang perlu utamakan. Kenapa saya rasa seperti mahu menangis dan saya rasa macam tak bersemangat lagi? Pada siapa saya perlu mengadu? Saya tak suka keadaan macam ni....arggghhhhhh, saya buntu...!!!


Jom kita layan dulu lagu di atas. Entah kenapa lagu ini menjadi kesukaan saya selepas saya menonton filem Sorcerer's Apprentice. Layannnnzzzzzz............mari kita gembirakan diri kita sendiri...!!! Walaupun hati saya sedang berduka dikala ini........

Saturday, January 8, 2011

Hari Bahagia Sahabat Saya..........

Menuju Abadi......
Bulan disember 2010 menyaksikan 3 org sahabat sekerja saya menamatkan zaman bujang masing-masing. Bahagia aje kan mereka...? Walaupun sekarang ini dah masuk tahun 2011, rasanya masih belum terlambat untuk saya bercerita sedikit mengenai majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Setiap kali tiba musim perkahwinan, saya rasa teruja sedikit sebab sudah pasti ada jemputan kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Yang pasti masa tu, boleh bergambar dengan pengantin, boleh tengok pelamin, hiasan bilik tidur dan yang paling penting boleh dapat goodies bag.

Bercerita pasal goodies bag ni, ada satu peristiwa yang terjadi apabila saya menghadiri majlis perkahwinan kawan saya tahun lepas. Perkara yang berlaku itu amatlah kecil sahaja tetapi ia menyebabkan saya dan rakan-rakan tidak berpuas hati dengan agihan goodies bag yang dilakukan oleh tuan rumah. Bayangkan kami pergi ramai-ramai tetapi goodies bag yang kami dapat tidak sama antara satu sama lain. Tuan rumah memberi goodies bag yang lebih istimewa untuk beberapa rakan saya sedangkan saya dan beberapa orang lagi rakan saya cuma mendapat goodies bag yang biasa-biasa sahaja. Kelakar sangat bila teringat peristiwa tersebut. Disebabkan oleh goodies bag itu, kami mengamuk dalam kereta dan kami bertindak mem'boikot' kawan kami yang berkahwin pada hari tersebut. Alahai....bukan sahaja kami tidak dapat bergambar dengan pengantin di pelamin yang sangat cantik pada hari itu, malah kami juga tidak dapat bersalaman dengan pengantin kerana pada waktu itu pengantin tidak mengendahkan kami. Sedihnya rasa hati.

Memang masing-masing berkecil hati dengan pengantin yang juga kawan baik kami. Ditambahkan lagi dengan kes goodies bag tadi, lagi lah kami semua berkecil hati dan masing-masing mengamuk sakan pada hari itu.....Itu semua sebuah nostalgia di hari bahagia kawan saya. Alhamdulillah kawan saya itu sudah pun hidup bahagia dengan keluarga barunya....bila teringat balik kejadian tersebut, saya tersenyum sendirian...Kadang-kadang rasa nak tergelak guling-guling pun ada. Selepas dari kejadian tersebut, setiap majlis perkahwinan yang kami hadiri selepas itu, kami akan pastikan kami mendapat goodies bag yang sama. Kalau seorang daripada kami tak dapat goodies bag, biar semua tak dapat. Baru adil namanya...hehehe, itulah kisah goodies bag oh goodies bag...!! di majlis perkahwinan.

Kisah goodies bag tersebut berlaku tahun lepas. Pada tahun 2010 belum terjadi peristiwa seumpama itu. Nasib baik.......hehehe. Tahun 2010 menyaksikan 3 sahabat saya melangsungkan hari bahagia mereka. Di bawah ini saya selitkan beberapa keping gambar kenangan saya dan rakan-rakan bersama pengantin tahun 2010. Enjoiiiceeeee...........:-D

Hari bahagia Ruby& Fauzi ~ Trademark pengantin
kalau bergambar....Peace..!!!

Hari bahagia Ruby & Fauzi ~ Kami di pelamin kebahagiaan mereka.
Tanpa pengantin...hehehe

Sehingga ke akhir hayat ~ Ruby & Fauzi

Hari Bahagia Siti & Fitri ~ Tema kelabu dan merah.
Cantik sangat....!!!

Hari Bahagia Siti & Fitri ~ Kami di bilik pengantin.
Cantik bunga-bunga yang tergantung itu.

Hari Bahagia Siti & Fitri ~ Saya & Ruby (pengantin baru lagi masa nih...)
Dah nak balik dah selepas puas bergambar dan kenyang perut.


Hari Bahagia Hanif & Hafrizan ~ Tema Serba Hijau.

Sehingga ke Akhir Hayat ~ Hanif & Hafrizan

Hari Bahagia Hanif & Hafrizan ~ Sempat lagi kami bergambar
di kaki Gunung Jerai dalam perjalanan pulang ke destinasi
masing-masing. Itulah kami......!! Sentiasa gembira bila bersama.

Sekian dulu untuk post kali ini, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat-sahabat saya. Semoga hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Bagi yang masih bujang dan tidak berpunya, jangan putus asa dalam mencari teman hidup kerana Tuhan sudah menetapkan setiap hambaNya mempunyai pasangan masing-masing. Sentiasa lah berdoa dan bertawakal. Insyaallah hari bahagia kita juga akan menjelma tidak lama lagi. Mana lah tahu, waktunya sudah hampir. Bersediakah kita untuk menempuh kehidupan yang baru itu? Apa-apa pun, Redha lah dengan semua ketentuan Tuhan untuk kita, hanya Dia yang lebih mengetahui.

Jaga diri ya.....!!! Kita jumpa lagi di post yang lain pula. Gembirakan diri kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari......;-)

Jitra---->Baling--->Tanah Merah--->Machang--->K. Terengganu--->Kuantan--->KL--->Penang--->Jitra

Kalau berdasarkan tajuk post ini, memang jauh betul perjalanan saya bersama kawan-kawan saya. Itu lah yang sebenarnya berlaku, dan memang perjalanan yang meletihkan sebab perlu memandu sendiri tetapi ia merupakan suatu pengalaman yang teramatlah indah. Walaupun perjalanan kami tidak dirancang dengan teliti atau dengan kata lain kami gamble saja, ianya tetap berjalan dengan lancar. Saya bernasib baik sebab mempunyai kawan-kawan yang tidak cerewat langsung. Senang sikit sebab kami tidak kisah walau tidur di motel-motel murah, makan di kedai-kedai tepi jalan dan boleh lepak dimana-mana saja. Itu lebih menyeronokkan bagi saya sebab kami boleh jimat duit. Percutian kali ini boleh digelarkan sebagai percutian bajet sahaja. Yang penting kami gembira bersama.....:-)
 
Percutian ini bermula apabila saya perlu mengambil barang adik saya yang sudah tamat pengajiannya di Uitm Cawangan Machang, Kelantan. Jadi, saya pun mengajak kawan-kawan saya ikut serta, boleh juga mereka menemani saya sepanjang perjalanan sambil bercuti merehatkan minda dan melupakan sebentar kerakusan tuntutan kerja. Lagipun, masing-masing dah lama tak bercuti bersama-sama. Peluang yang datang kami gunakan sebaik mungkin untuk enjoy....Mari kita layan beberapa keping gambar kami bergembira bersama-sama......Layan...Zaazzzzzzz
 
 
Posing 3 anak dara atas katil ~ di Batu Burok Resort

Pekena Keropok Losong di Dataran Syahbandar ~ Sedapp.......:-)

 
Nasi Kerabu ~ Sedap sangat......!!!


 
Puding ~ RM 5.00 3 Jenis Puding
Yang paling saya suka ----> Puding buih....
kena cari resipi ni, boleh buat sendiri nanti
  
Tengah tunggu bot untuk river cruise @ Masjid Kristal
  
Posing lagi atas bot...peace..!!!

Gambar-gambar tak banyak lah, sebab pada masa itu saya tak rancang pun untuk mempunyai blog sendiri. Jadi, untuk percutian seterusnya sudah pasti akan mengambil lebih banyak gambar untuk ditempekkan di blog saya. Baru la meriah sikit kan....Apa-apa pun percutian ini memang tersangatlah best dan happening. Tahun 2011 ini kami merancang untuk terbang ke Kuching, Sarawak. Sudah tak sabar rasanya untuk pergi bercuti bersama-sama lagi. Harap-harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Insyaallah.....

Sebelum saya akhiri post ini, saya nak beritahu tujuan utama kami balik ke Kedah melalui Kuala Lumpur hanya semata-mata kami semua teringin nak makan Mee Udang Sungai Dua, Penang. Macam lawak saja sebab kami tak rancang pun. Semuanya berlaku di saat-saat akhir. Alamak, gambar mee udang tak ada dalam simpanan saya lah......hmmm, sedap sangat sebab itu lah kami sanggup menempuh perjalanan yang jauh semata-mata mee udang tersebut. Sekarang pun dah rasa terliur dah. Nampak gayanya bulan depan kena pergi makan juga mee udang itu. Mee udang........tunggu ya kedatangan kami, kami merinduimu....hehehe

Oklah, sekian dulu untuk post kali ini. Jaga diri ya semua............!!!

Surah Yasin Dan Ayat Kursi.....

Bertemu lagi kita dan untuk post kali ini saya ingin berkongsi video bacaan Surah Yasin dan Ayat Kursi dengan pembaca semua. Sama-sama lah kita hayati dan jadikan amalan dalam kehidupan kita. Insyaallah, dengan izinNya kita akan sentiasa dilindungi dari benda-benda yang tidak diingini.

Resipi : Stimbot

Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk pembaca semua. Hari ini saya nak kongsi satu resepi iaitu Stimbot yang saya cuba masak pada malam tahun baru 2011 yang lalu. Sudah lama saya teringin nak makan stimbot tapi tak tahu tempat mana yang menawarkan stimbot yang sedap. Tempat yang saya tahu pulak mahal harganya. Almaklumlah standard harga hotel. Untuk menjimatkan duit poket sendiri, saya pun cari resipi di internet dan saya beranikan diri cuba memasak stimbot berdasarkan resipi tersebut. Hasilnya cukup memberangsangkan dan saya boleh makan puas-puas bersama-sama dengan keluarga tersayang pada malam tahun baru yang lalu. Jadi, saya sertakan resipi Stimbot untuk sesiapa yang berminat atau teringin untuk memasak sendiri stimbot.

Selamat mencuba.......;-) Pasti sedap....sehingga menjilat periuk......wink*wink


Wallah.........cukup sedap hingga menjilat periuk
SUP

2 rangka ayam (buang lemak)
4 liter air
2 tangkai daun bawang
1 kiub stok @ 3 sudu besar stok pekat ayam
Garam, gula, serbuk lada sulah
 
TOMYAM

2 rangka ayam (buang lemak & ketuk)
3 batang serai + 4 cm lengkuas (diketuk)
10-12 tangkai cili padi
4 cm akar daun ketumbar (dihiris)
2 biji tomato (belah 4)
Jus 2-3 biji limau nipis
6 helai daun limau purut
4 liter air
2 sudu besar sos ikan (jika tiada, ganti kicap cair)
Garam, gula secukupnya

BAHAN SAMPINGAN

250g isi ayam bahagian dada
250g isi ikan
500g udang besar
300g sotong (potong bulat)
200g cendawan tiram
200g cendawan butang
150g bebola ikan
150g bebola sotong
2 keping tauhu (belah 9)
150g kubis Cina
150g lobak merah (dipotong)
200g bihun (direndam)
200g mi kuning
 
BAHAN PENCICAH

125 ml sos cili bawang putih
2 sudu besar jus limau nipis


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA :


Untuk Sup

Jerang air hingga mendidih, masukkan rangka ayam dan daun bawang. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1½ hingga 2 jam. Masukkan bahan lain, kacau kemudian tapiskan ke dalam periuk stimbot.


Untuk Tomyam

 
Jerang air hingga mendidih, masukkan rangka ayam, serai, lengkuas, cili padi, akar ketumbar dan tomato. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1½ hingga 2 jam. Bubuh semua bahan lain, kacau kemudian tapiskan ke dalam periuk stimbot. (Saya tak tapis pun, sedap juga......tak ada masalah apa-apa, bergantung kepada citarasa masing-masing)
Susun semua bahan sampingan di dalam pinggan. Bila hendak makan, masukkan ke dalam sup atau tomyam dan tutup. Bila masak, bolehlah diangkat dan dimakan dengan pencicah.


Lihatlah wajah-wajah ceria kami sekeluarga menikmati stimbot hasil masakan sendiri. Memang hasil dia yang paling terbaik lah. Puas hati sebab dapat makan tanpa perlu membayar harga yang mahal. Tersangat lah berbaloi.......Kalau ada masa nanti boleh masak lagi, tak perlu lagi nak cari tempat makan yang menawarkan stimbot yang sedap. Masak sendiri lebih sedap, sehingga menjilat periuk.....hehehe


Bangah ~ Tukang masakkan stimbot untuk kami malam tu, terbaik lah.........

Wajah-wajah ceria keluarga saya malam tu sambil menikmati stimbot hasil buatan 'rumah'

Tambah lagi....jangan malu-malu, sedap ni.....,kata Anas

Aik..makan stimbot dengan nasi...belasah je la kan, janji licin...hehehe

Sanggup balik awal dari rumah kenduri semata-mata nak makan stimbot...cayalah pak ndak..!!

Agak-agak lepas ni nak masak apa pulak ya....? Hmmm........nanti saya fikirkan dan sudah pasti saya akan tempekkan resipi dia di blog saya ini. Tunggu ya....!! Have a great day everyone....:-D

Friday, January 7, 2011

Bahasa Melayu Tinggi

Apa itu Bahasa Melayu Tinggi...?? Tak tahu pun sebab tak pernah belajar dan tak pernah nak ambil tahu. Cuma baru-baru ini sahaja saya berpeluang untuk mengenali dan memahami apa itu Bahasa Melayu Tinggi. Jadi, bermula dengan 'post' ini dan seterusnya saya akan cuba untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Maaf sekiranya penggunaan bahasa saya masih lagi banyak yang kurangnya. Nama pun budak yang baru belajar kan.....Saya dengan sedaya-upayanya akan cuba untuk tidak menggunakan bahasa 'rojak' seperti yang selalu saya guna sebelum ini...Agak payah sebenarnya sebab dah terlalu biasa dengan bahasa-bahasa yang orang panggil bahasa pasar, bahasa rojak atau bahasa kampung...hehehe
Nampak gayanya mesti saya lambat belajar sebab saya tak ada guru yang mengajar saya mengenai Bahasa Melayu Tinggi. Semuanya saya usahakan sendiri. Pendek kata sayalah anak murid dan saya jugalah guru nya. Tak apalah, janji matlamat saya dapat saya capai walaupun lambat sedikit dari orang lain. Kenapa saya berminat menulis menggunakan Bahasa melayu Tinggi..? Semuanya bermula apabila saya membaca sebuah novel hasil tulisan rakan saya semasa di universiti dulu. Alhamdulillah dia dah berjaya bergelar penulis yang berkaki lebar. Opsss....berkaliber...hehehe. Masa mula-mula baca novel tersebut, saya berfikir, alamak..skema betul ayat-ayat dalam novel tersebut sebab sebelum ini saya cuma membaca novel-novel cinta yang menggunakan bahasa-bahasa biasa saja. Bila penulis tersebut memberitahu saya bahawa bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi, saya terkesima sekejap. Malu pun ada juga sebab saya tak pernah ambil 'pot' pun sebelum ini. Bermula daripada itu, saya cuba untuk menukar sedikit demi sedikit cara saya berfikir dan cara saya menulis sebab saya rasa malu bila membaca hasil tulisan saya sebelum ini (walaupun saya tidak ada banyak karya penulisan dan tidak ada satu pun yang pernah ada pembaca). Sedihnya rasa...tapi tak apa kan, saya masih punya ruang untuk memperbaiki mutu penulisan saya walaupun saya cuma belajar sendiri-sendiri saja. Hakikatnya, saya baru sahaja ada blog sendiri dan saya masih tiada follower pun. Malu lagi rasanya......hehehe

Harap-harap saya akan berjaya menulis dengan lebih baik selepas ini. semoga saya lulus dengan cemerlang walaupun saya sendiri yang akan jadi pemeriksa kertas peperiksaan saya nanti. Almaklumlah, semua kerja saya yang buat sendiri. Mungkin ini memang sifat saya yang semulajadi, saya lebih suka untuk meneroka sesuatu yang baru dengan kudrat dan keupayaan diri sendiri. Saya dah biasa hidup berdikari dan saya sentiasa positif untuk mencapai sesuatu yang saya inginkan dalam hidup saya. Pengalaman memang suatu anugerah yang tak terhingga sebab melalui pengalaman saya belajar banyak perkara dalam hidup saya. Saya menjadi manusia yang lebih tabah dan kuat dalam menghadapi semua dugaan dan cabaran dalam hidup saya. Semoga impian saya untuk menjadi seorang penulis akan dapat saya capai tidak kira lah samada ianya lambat atau cepat. Insyaallah, dengan usaha yang gigih dan tidak kenal erti putus asa, kita akan berjaya kecapi semua yang kita impikan. Amin........

Sekian dulu untuk hari ini, nanti saya menulis lagi...sudah pasti dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Salam penuh kecerian dari pinkydahlia untuk anda semua. Jada diri, hiasi peribadi..maka eloklah pekerti..!! Kosongkan minda anda sekejap dan hayatilah quotes di bawah :

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"