CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 8, 2011

Resipi : Stimbot

Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk pembaca semua. Hari ini saya nak kongsi satu resepi iaitu Stimbot yang saya cuba masak pada malam tahun baru 2011 yang lalu. Sudah lama saya teringin nak makan stimbot tapi tak tahu tempat mana yang menawarkan stimbot yang sedap. Tempat yang saya tahu pulak mahal harganya. Almaklumlah standard harga hotel. Untuk menjimatkan duit poket sendiri, saya pun cari resipi di internet dan saya beranikan diri cuba memasak stimbot berdasarkan resipi tersebut. Hasilnya cukup memberangsangkan dan saya boleh makan puas-puas bersama-sama dengan keluarga tersayang pada malam tahun baru yang lalu. Jadi, saya sertakan resipi Stimbot untuk sesiapa yang berminat atau teringin untuk memasak sendiri stimbot.

Selamat mencuba.......;-) Pasti sedap....sehingga menjilat periuk......wink*wink


Wallah.........cukup sedap hingga menjilat periuk
SUP

2 rangka ayam (buang lemak)
4 liter air
2 tangkai daun bawang
1 kiub stok @ 3 sudu besar stok pekat ayam
Garam, gula, serbuk lada sulah
 
TOMYAM

2 rangka ayam (buang lemak & ketuk)
3 batang serai + 4 cm lengkuas (diketuk)
10-12 tangkai cili padi
4 cm akar daun ketumbar (dihiris)
2 biji tomato (belah 4)
Jus 2-3 biji limau nipis
6 helai daun limau purut
4 liter air
2 sudu besar sos ikan (jika tiada, ganti kicap cair)
Garam, gula secukupnya

BAHAN SAMPINGAN

250g isi ayam bahagian dada
250g isi ikan
500g udang besar
300g sotong (potong bulat)
200g cendawan tiram
200g cendawan butang
150g bebola ikan
150g bebola sotong
2 keping tauhu (belah 9)
150g kubis Cina
150g lobak merah (dipotong)
200g bihun (direndam)
200g mi kuning
 
BAHAN PENCICAH

125 ml sos cili bawang putih
2 sudu besar jus limau nipis


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA :


Untuk Sup

Jerang air hingga mendidih, masukkan rangka ayam dan daun bawang. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1½ hingga 2 jam. Masukkan bahan lain, kacau kemudian tapiskan ke dalam periuk stimbot.


Untuk Tomyam

 
Jerang air hingga mendidih, masukkan rangka ayam, serai, lengkuas, cili padi, akar ketumbar dan tomato. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1½ hingga 2 jam. Bubuh semua bahan lain, kacau kemudian tapiskan ke dalam periuk stimbot. (Saya tak tapis pun, sedap juga......tak ada masalah apa-apa, bergantung kepada citarasa masing-masing)
Susun semua bahan sampingan di dalam pinggan. Bila hendak makan, masukkan ke dalam sup atau tomyam dan tutup. Bila masak, bolehlah diangkat dan dimakan dengan pencicah.


Lihatlah wajah-wajah ceria kami sekeluarga menikmati stimbot hasil masakan sendiri. Memang hasil dia yang paling terbaik lah. Puas hati sebab dapat makan tanpa perlu membayar harga yang mahal. Tersangat lah berbaloi.......Kalau ada masa nanti boleh masak lagi, tak perlu lagi nak cari tempat makan yang menawarkan stimbot yang sedap. Masak sendiri lebih sedap, sehingga menjilat periuk.....hehehe


Bangah ~ Tukang masakkan stimbot untuk kami malam tu, terbaik lah.........

Wajah-wajah ceria keluarga saya malam tu sambil menikmati stimbot hasil buatan 'rumah'

Tambah lagi....jangan malu-malu, sedap ni.....,kata Anas

Aik..makan stimbot dengan nasi...belasah je la kan, janji licin...hehehe

Sanggup balik awal dari rumah kenduri semata-mata nak makan stimbot...cayalah pak ndak..!!

Agak-agak lepas ni nak masak apa pulak ya....? Hmmm........nanti saya fikirkan dan sudah pasti saya akan tempekkan resipi dia di blog saya ini. Tunggu ya....!! Have a great day everyone....:-D

No comments:

Post a Comment