CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 7, 2011

Bahasa Melayu Tinggi

Apa itu Bahasa Melayu Tinggi...?? Tak tahu pun sebab tak pernah belajar dan tak pernah nak ambil tahu. Cuma baru-baru ini sahaja saya berpeluang untuk mengenali dan memahami apa itu Bahasa Melayu Tinggi. Jadi, bermula dengan 'post' ini dan seterusnya saya akan cuba untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Maaf sekiranya penggunaan bahasa saya masih lagi banyak yang kurangnya. Nama pun budak yang baru belajar kan.....Saya dengan sedaya-upayanya akan cuba untuk tidak menggunakan bahasa 'rojak' seperti yang selalu saya guna sebelum ini...Agak payah sebenarnya sebab dah terlalu biasa dengan bahasa-bahasa yang orang panggil bahasa pasar, bahasa rojak atau bahasa kampung...hehehe
Nampak gayanya mesti saya lambat belajar sebab saya tak ada guru yang mengajar saya mengenai Bahasa Melayu Tinggi. Semuanya saya usahakan sendiri. Pendek kata sayalah anak murid dan saya jugalah guru nya. Tak apalah, janji matlamat saya dapat saya capai walaupun lambat sedikit dari orang lain. Kenapa saya berminat menulis menggunakan Bahasa melayu Tinggi..? Semuanya bermula apabila saya membaca sebuah novel hasil tulisan rakan saya semasa di universiti dulu. Alhamdulillah dia dah berjaya bergelar penulis yang berkaki lebar. Opsss....berkaliber...hehehe. Masa mula-mula baca novel tersebut, saya berfikir, alamak..skema betul ayat-ayat dalam novel tersebut sebab sebelum ini saya cuma membaca novel-novel cinta yang menggunakan bahasa-bahasa biasa saja. Bila penulis tersebut memberitahu saya bahawa bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi, saya terkesima sekejap. Malu pun ada juga sebab saya tak pernah ambil 'pot' pun sebelum ini. Bermula daripada itu, saya cuba untuk menukar sedikit demi sedikit cara saya berfikir dan cara saya menulis sebab saya rasa malu bila membaca hasil tulisan saya sebelum ini (walaupun saya tidak ada banyak karya penulisan dan tidak ada satu pun yang pernah ada pembaca). Sedihnya rasa...tapi tak apa kan, saya masih punya ruang untuk memperbaiki mutu penulisan saya walaupun saya cuma belajar sendiri-sendiri saja. Hakikatnya, saya baru sahaja ada blog sendiri dan saya masih tiada follower pun. Malu lagi rasanya......hehehe

Harap-harap saya akan berjaya menulis dengan lebih baik selepas ini. semoga saya lulus dengan cemerlang walaupun saya sendiri yang akan jadi pemeriksa kertas peperiksaan saya nanti. Almaklumlah, semua kerja saya yang buat sendiri. Mungkin ini memang sifat saya yang semulajadi, saya lebih suka untuk meneroka sesuatu yang baru dengan kudrat dan keupayaan diri sendiri. Saya dah biasa hidup berdikari dan saya sentiasa positif untuk mencapai sesuatu yang saya inginkan dalam hidup saya. Pengalaman memang suatu anugerah yang tak terhingga sebab melalui pengalaman saya belajar banyak perkara dalam hidup saya. Saya menjadi manusia yang lebih tabah dan kuat dalam menghadapi semua dugaan dan cabaran dalam hidup saya. Semoga impian saya untuk menjadi seorang penulis akan dapat saya capai tidak kira lah samada ianya lambat atau cepat. Insyaallah, dengan usaha yang gigih dan tidak kenal erti putus asa, kita akan berjaya kecapi semua yang kita impikan. Amin........

Sekian dulu untuk hari ini, nanti saya menulis lagi...sudah pasti dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Salam penuh kecerian dari pinkydahlia untuk anda semua. Jada diri, hiasi peribadi..maka eloklah pekerti..!! Kosongkan minda anda sekejap dan hayatilah quotes di bawah :

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"


No comments:

Post a Comment