CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 8, 2011

Jitra---->Baling--->Tanah Merah--->Machang--->K. Terengganu--->Kuantan--->KL--->Penang--->Jitra

Kalau berdasarkan tajuk post ini, memang jauh betul perjalanan saya bersama kawan-kawan saya. Itu lah yang sebenarnya berlaku, dan memang perjalanan yang meletihkan sebab perlu memandu sendiri tetapi ia merupakan suatu pengalaman yang teramatlah indah. Walaupun perjalanan kami tidak dirancang dengan teliti atau dengan kata lain kami gamble saja, ianya tetap berjalan dengan lancar. Saya bernasib baik sebab mempunyai kawan-kawan yang tidak cerewat langsung. Senang sikit sebab kami tidak kisah walau tidur di motel-motel murah, makan di kedai-kedai tepi jalan dan boleh lepak dimana-mana saja. Itu lebih menyeronokkan bagi saya sebab kami boleh jimat duit. Percutian kali ini boleh digelarkan sebagai percutian bajet sahaja. Yang penting kami gembira bersama.....:-)
 
Percutian ini bermula apabila saya perlu mengambil barang adik saya yang sudah tamat pengajiannya di Uitm Cawangan Machang, Kelantan. Jadi, saya pun mengajak kawan-kawan saya ikut serta, boleh juga mereka menemani saya sepanjang perjalanan sambil bercuti merehatkan minda dan melupakan sebentar kerakusan tuntutan kerja. Lagipun, masing-masing dah lama tak bercuti bersama-sama. Peluang yang datang kami gunakan sebaik mungkin untuk enjoy....Mari kita layan beberapa keping gambar kami bergembira bersama-sama......Layan...Zaazzzzzzz
 
 
Posing 3 anak dara atas katil ~ di Batu Burok Resort

Pekena Keropok Losong di Dataran Syahbandar ~ Sedapp.......:-)

 
Nasi Kerabu ~ Sedap sangat......!!!


 
Puding ~ RM 5.00 3 Jenis Puding
Yang paling saya suka ----> Puding buih....
kena cari resipi ni, boleh buat sendiri nanti
  
Tengah tunggu bot untuk river cruise @ Masjid Kristal
  
Posing lagi atas bot...peace..!!!

Gambar-gambar tak banyak lah, sebab pada masa itu saya tak rancang pun untuk mempunyai blog sendiri. Jadi, untuk percutian seterusnya sudah pasti akan mengambil lebih banyak gambar untuk ditempekkan di blog saya. Baru la meriah sikit kan....Apa-apa pun percutian ini memang tersangatlah best dan happening. Tahun 2011 ini kami merancang untuk terbang ke Kuching, Sarawak. Sudah tak sabar rasanya untuk pergi bercuti bersama-sama lagi. Harap-harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Insyaallah.....

Sebelum saya akhiri post ini, saya nak beritahu tujuan utama kami balik ke Kedah melalui Kuala Lumpur hanya semata-mata kami semua teringin nak makan Mee Udang Sungai Dua, Penang. Macam lawak saja sebab kami tak rancang pun. Semuanya berlaku di saat-saat akhir. Alamak, gambar mee udang tak ada dalam simpanan saya lah......hmmm, sedap sangat sebab itu lah kami sanggup menempuh perjalanan yang jauh semata-mata mee udang tersebut. Sekarang pun dah rasa terliur dah. Nampak gayanya bulan depan kena pergi makan juga mee udang itu. Mee udang........tunggu ya kedatangan kami, kami merinduimu....hehehe

Oklah, sekian dulu untuk post kali ini. Jaga diri ya semua............!!!

No comments:

Post a Comment