CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 8, 2011

Hari Bahagia Sahabat Saya..........

Menuju Abadi......
Bulan disember 2010 menyaksikan 3 org sahabat sekerja saya menamatkan zaman bujang masing-masing. Bahagia aje kan mereka...? Walaupun sekarang ini dah masuk tahun 2011, rasanya masih belum terlambat untuk saya bercerita sedikit mengenai majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Setiap kali tiba musim perkahwinan, saya rasa teruja sedikit sebab sudah pasti ada jemputan kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Yang pasti masa tu, boleh bergambar dengan pengantin, boleh tengok pelamin, hiasan bilik tidur dan yang paling penting boleh dapat goodies bag.

Bercerita pasal goodies bag ni, ada satu peristiwa yang terjadi apabila saya menghadiri majlis perkahwinan kawan saya tahun lepas. Perkara yang berlaku itu amatlah kecil sahaja tetapi ia menyebabkan saya dan rakan-rakan tidak berpuas hati dengan agihan goodies bag yang dilakukan oleh tuan rumah. Bayangkan kami pergi ramai-ramai tetapi goodies bag yang kami dapat tidak sama antara satu sama lain. Tuan rumah memberi goodies bag yang lebih istimewa untuk beberapa rakan saya sedangkan saya dan beberapa orang lagi rakan saya cuma mendapat goodies bag yang biasa-biasa sahaja. Kelakar sangat bila teringat peristiwa tersebut. Disebabkan oleh goodies bag itu, kami mengamuk dalam kereta dan kami bertindak mem'boikot' kawan kami yang berkahwin pada hari tersebut. Alahai....bukan sahaja kami tidak dapat bergambar dengan pengantin di pelamin yang sangat cantik pada hari itu, malah kami juga tidak dapat bersalaman dengan pengantin kerana pada waktu itu pengantin tidak mengendahkan kami. Sedihnya rasa hati.

Memang masing-masing berkecil hati dengan pengantin yang juga kawan baik kami. Ditambahkan lagi dengan kes goodies bag tadi, lagi lah kami semua berkecil hati dan masing-masing mengamuk sakan pada hari itu.....Itu semua sebuah nostalgia di hari bahagia kawan saya. Alhamdulillah kawan saya itu sudah pun hidup bahagia dengan keluarga barunya....bila teringat balik kejadian tersebut, saya tersenyum sendirian...Kadang-kadang rasa nak tergelak guling-guling pun ada. Selepas dari kejadian tersebut, setiap majlis perkahwinan yang kami hadiri selepas itu, kami akan pastikan kami mendapat goodies bag yang sama. Kalau seorang daripada kami tak dapat goodies bag, biar semua tak dapat. Baru adil namanya...hehehe, itulah kisah goodies bag oh goodies bag...!! di majlis perkahwinan.

Kisah goodies bag tersebut berlaku tahun lepas. Pada tahun 2010 belum terjadi peristiwa seumpama itu. Nasib baik.......hehehe. Tahun 2010 menyaksikan 3 sahabat saya melangsungkan hari bahagia mereka. Di bawah ini saya selitkan beberapa keping gambar kenangan saya dan rakan-rakan bersama pengantin tahun 2010. Enjoiiiceeeee...........:-D

Hari bahagia Ruby& Fauzi ~ Trademark pengantin
kalau bergambar....Peace..!!!

Hari bahagia Ruby & Fauzi ~ Kami di pelamin kebahagiaan mereka.
Tanpa pengantin...hehehe

Sehingga ke akhir hayat ~ Ruby & Fauzi

Hari Bahagia Siti & Fitri ~ Tema kelabu dan merah.
Cantik sangat....!!!

Hari Bahagia Siti & Fitri ~ Kami di bilik pengantin.
Cantik bunga-bunga yang tergantung itu.

Hari Bahagia Siti & Fitri ~ Saya & Ruby (pengantin baru lagi masa nih...)
Dah nak balik dah selepas puas bergambar dan kenyang perut.


Hari Bahagia Hanif & Hafrizan ~ Tema Serba Hijau.

Sehingga ke Akhir Hayat ~ Hanif & Hafrizan

Hari Bahagia Hanif & Hafrizan ~ Sempat lagi kami bergambar
di kaki Gunung Jerai dalam perjalanan pulang ke destinasi
masing-masing. Itulah kami......!! Sentiasa gembira bila bersama.

Sekian dulu untuk post kali ini, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat-sahabat saya. Semoga hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Bagi yang masih bujang dan tidak berpunya, jangan putus asa dalam mencari teman hidup kerana Tuhan sudah menetapkan setiap hambaNya mempunyai pasangan masing-masing. Sentiasa lah berdoa dan bertawakal. Insyaallah hari bahagia kita juga akan menjelma tidak lama lagi. Mana lah tahu, waktunya sudah hampir. Bersediakah kita untuk menempuh kehidupan yang baru itu? Apa-apa pun, Redha lah dengan semua ketentuan Tuhan untuk kita, hanya Dia yang lebih mengetahui.

Jaga diri ya.....!!! Kita jumpa lagi di post yang lain pula. Gembirakan diri kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari......;-)

No comments:

Post a Comment