CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 1, 2012

I-City SHAH ALAM

Pokok Krismas..!!Cantik!!
Apabila disebut sahaja nama tempat ini, rasanya semua orang tahu di mana dan apa yang ada di sana. Dari dulu lagi saya cuma tahu ianya wujud tapi belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Belum ada rezeki agaknya. Bru-baru ini saya sempat berkunjung ke sana. Satu perkataan......TERUJA..!!! Semuanya tidak dirancang sama sekali. Kebetulan saya dipanggil untuk menduduki peperiksaan di SME Corporation, Kuala Lumpur, waktu itu pula memang amat sesuai untuk mengambil cuti panjang. Dengan masa yang ada, sempat lah juga saya singgah di i-City, Shah Alam. Benda pertama yang bermain di fikiran pabila sampai ke sana ialah agak-agaknya berapa lah kos tenaga elektrik yang digunakan di i-City? He he he he. Ada jawapan tak untuk soalan saya tadi? Apa-apa pun, memang terbaik lah, macam jakun pun ada saya ini. Maklumlah saya ini cuma orang kampung. Hu hu hu hu. Tapi saya bukan orang kampung yang kolot tau..!!! Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Malaysia ini. Bak kata orang, semua maklumat cuma di hujung jari sahaja. Terpulang samada kita nak ambil tahu atau nak buat tak tahu. Jadi, pilihan di tangan kita.

Pertama kali saya melihat pokok-pokok berlampu ini ialah semasa saya bercuti di Terengganu pada penghujung tahun 2010 iaitu di Masjid Kristal. Pada masa tersebut, kerja-kerja pemasangan pokok-pokok masih dalam proses. Jadi, saya tidak berkesempatan untuk bergambar dengan 'mereka'. Pada masa itu, sekali lagi satu perkataan....TERUJA..!! Selepas daripada itu, dah banyak tempat yang mula 'menanam' pokok-pokok berlampu di Kedah termasuklah di Jitra. Dengan adanya pokok-pokok tersebut, suasana malam di Jitra ini berubah menjadi lebih menarik, tetapi tidak boleh menandingi i-City. Tempatnya sungguh luas dan lebih happening.....!!! Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat diambil di sana. Yippyyy.....!!

Koleksi Reptilia Terbesar di Malaysia.....Ngeri..!!! Saya tidak akan sesekali masuk ke dalam sana..Geli-Geleman. Mesti ada ular..!!! Tak suka.......




Di mana saja ada lampu......!!!
  

Meriah sungguh pokok-pokok di belakang itu........


Punya lah ramai orang yang beratur untuk menaiki benda 'alah' itu, saya tak ingat dah namanya...Hajat di hati nak juga naik, boleh melihat pemandangan i-City dari atas...mesti gempak kan tapi malas nak beratur!!!


Ermmm.......keluarga saya yang paling bes..!!!


Ini lah saya....He he he he.....;-)


Posing lagi.......cantik!!!


Saya lagi.....posing bersama-sama swan yang berlampu....!! Comel tak swan itu..???? Ke saya yang lagi comel...perasan!!!

Kalau anda semua berkunjung atau bercuti ke Kuala Lumpur, singgah lah ke i-City. Boleh juga kita menghilangkan tekanan serta merehatkan minda dengan melihat cahaya lampu yang cantik-cantik. Pasti membuatkan anda semua terpukau. Bagi yang berminat dengan seni fotografi dan mempunyai kamera yang canggih, anda digalakkan ke sini. Pasti gambar-gambar yang di ambil lebih cun. He he he he. Saya cuma ada kamera digital biasa sahaja tapi belasah saja kerana yang penting saya dan keluarga bergembira di sana. Dapat juga mengabdikan kenangan di i-City, Shah Alam. Kalau berkesempatan teringin juga nak berkunjung ke sana lagi. Insyaallah.......


Agak-agak kalau nak mengadakan majlis persandingan di sini macam si Nabil Raja Lawak tu boleh tak? Berangan saja lah. Pasti saya tak mampu kan...!!! He he he he. Siapalah saya...bukan artis ataupun VVIP. Mana lah ada orang yang mahu sponsor. Bersyukur saja lah dengan apa yang mendatang. Insyaallah, ALLAH maha mendengar. DIA pasti kurniakan yang terbaik untuk hambanya.


Destinasi seterusnya........saya belum tahu kerana tidak ada apa-apa perancangan lagi. Tapi ada lah saya berangan untuk ke seberang laut. Ermmm....ada ke bajet?? Harus kerja keras menyimpan duit dari sekarang....!!! Hu hu hu hu. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...betul tak??





Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].



No comments:

Post a Comment