CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 27, 2012

Meluncur Belon Ke Kuching, Sarawak......13-16/10/11 (Part 2~Akhir)

The Spring Mall, Kuching
13/10/2011 ~Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah...Walaubagaimanapun kami masih lagi ada masa beberapa jam sebelum mendaftar masuk ke Tune Hotel, Kuching. Jadi, kami mulakan perjalanan kami dengan mengisi perut yang sudah berkeroncong sejak dari sebelum berlepas lagi. Setelah kenyang, kami menuju ke destinasi yang pertama. Jeng...Jeng...Jeng...kat mana ye?? Sebenarnya dah tak ingat pun nama pusat membeli-belah tersebut, almaklumlah dah lama dah pergi tapi baru sekarang nak kemaskini dekat blog ini. Terpaksalah mencari di internet pula, akhirnya jumpa juga....'The Spring Mall', Kuching. Baru saja sampai dan dengan masih berbau kerbau dah pun membeli-belah. He he he. Apa nak buat kan, dah namanya pun perempuan. Ada duit, dekat mana sekalipun dan dengan keadaan apa sekalipun tetap boleh membeli-belah dengan senang hati. Nak tahu saya dan kawan-kawan beli apa? Beg tangan jenama 'Sembonia'. Terbang duit beratus dah kat situ, tapi disebabkan cantik dan rekaan tu memang kalau cari dekat Kedah memang tak ada. Tambah-tambah pula ada Jualan Murah. 

Woterfront di waktu malam....
Ermm....penat sangat pusing-pusing di The Spring, luas kawasannya dan banyak kedai-kedai di dalamnya. Setahu saya, The Spring merupakan pusat membeli-belah yang paling besar di Sarawak yang dibuka kepada umum pada 10 Januari 2008. Kalau anda semua sampai ke Kuching ni, jangan lupa datang membeli-belah di The Spring. Macam-macam ada. Lepas dah penat berjalan di The Spring, kami pun mendaftar masuk ke hotel dan tidur sampai ke petang. Memang letih sangat-sangat kalau di baling bom dekat telinga pun, belum tentu sedar. Aktiviti sebelah malam itu, cuma berjalan-jalan disekitar Woterfront sahaja menikmati waktu malam. Sebelum itu, kami di bawa untuk makan-makan di kedai Nasi Ayam Penyet. Nama kedai memang sah lah tak ingat dah. He he he. Jangan marah ehh!! Tempat tu memang glamer lah kat Kuching ni. Sedap hingga menjilat pinggan.!!

Mee Kolok....Yummy!!
14/10/2011 ~ Hari kedua di Kuching, Sarawak. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi. Dapat juga merasa Mee Kolok yang merupakan makanan popular di Sarawak. Rasanya sedap, nampak macam senang je nak menyediakannya. Nanti saya nak cuba masak di rumah mee kolok ini. Kalau berjaya, saya tepekkan resipi dia kat blog ini untuk anda pula mencubanya. selepas dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Jong's Crocodile Farm. Apa yang ada di sini? Macam-macam ada tapi yang paling banyak sekali ialah buaya, dari sekecil-kecil buaya sehinggalah ke datuk dan nenek buaya. He he he he. Takut pun ada bila melihat buaya dari jarak dekat. Adegan yang paling ngeri apabila melihat 'Crocodile Show'. Meremang bulu roma bila melihat bagaimana buaya-buaya itu semua melahap makanan dengan rakusnya. Di fikiran mula lah berfikir yang bukan-bukan. Bagaimana lah rasanya apabila digigit sang buaya. Aduh!!Tak sanggup lagi untuk membayangkannya. Kita layan dulu beberapa keping gambar kenangan di sana. ;-)





Selepas selesai melayan si buaya tembaga di situ dan berposing sakan dengan mereka, kami meneruskan perjalanan ke Kg. Budaya Sarawak. Agak jauh perjalanan untuk ke sana. Saya tak mahu lah bercerita mengenai Kg. Budaya Sarawak kerana bagi saya ia merupakan suatu destinasi menarik yang perlu dilawati apabila bercuti ke Bumi Kenyalang ini. Semua maklumat mengenainya boleh dicari di internet. Kalau nak tahu maklumat yang lebih terperinci lagi, jom klik kat sini. Selepas dah habis pusing-pusing di situ, kami pun mengambil keputusan untuk pulang. Hari pun dah nak gelap walaupun baru pukul 6.30 petang. Di Sarawak, waktu solat pun awal. Pada mulanya, saya tak berapa biasa dengan keadaan tersebut, rasa macam pelik pula bila nak solat zohor, waktu solat pukul 12 lebih. He he he he. Perut pun dah berkeroncong, jadi kami makan malam di SCR Express, Kuching. Sedap juga makanan kat sini dan harga dia bagi saya agak mahal, tetapi disebabkan dah lapar, belasah saja. Yang penting, perut kenyang hati pun riang, nak tidur pun senang, letak kepala saja dah selamat berenang ke destinasi terbilang (mungkin berangan berada di syurga). He he he he. Kelakar sehingga tergelak golek-golek sendirian.


Gambar dari Google, Hu hu hu hu.
Teringinnya nak makan!!
Kalau saya ada pilihan, saya nak sangat makan laksa sarawak. Laksa yang dimasak asli oleh orang Sarawak. Saya pernah sekali makan laksa sarawak di Laksa Shack, tapi itu la kan tekak ini teringin nak makan laksa yang dijual di Sarawak. Mana la tahu, rasanya mungkin sedikit berlainan dari yang dijual di Semenanjung. Hu hu hu hu. Sampai ke sudah, saya tak dapat makan laksa tersebut. Apa nak buat, dalam hati agak terkilan tapi redha aje lah. Disebabkan itu, saya bertekad suatu hari nanti saya akan sekali lagi menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini. saya nak makan mee kolok dan laksa sarawak puas-puas sampai tergolek. He he he he. Semoga Tuhan mendengar kata hati saya ini. Sedih betul lah saya ni, benda kecil pun beremosi bagai nak rak !!! Ok lah, lain kali pula saya berceloteh pasal laksa sarawak dan mee kolok. Berjalan seharian membuatkan kami semua pancit. Tidur terbongkang sampai tak sedar diri. Esok masih ada sehari lagi untuk kami bergembira.



Gambar google lagi. Pasar Serikin. Wajib datang tau!!
15/10/11 ~ Hari terakhir di Kuching, Sarawak. Destinasi hari ini ialah di Pasar Sarikin. Jauhnya perjalanan ke sana. Pasar ini terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak - Indonesia di sebelah Kalimantan (kalau saya tak silap). Rasanya perjalanan mengambil masa 1 1/2jam untuk sampai ke sana. Punya lah panas cuaca pada hari itu, nak membeli-belah pun tak berapa seronok sebab panas. Apa nak buat, kami kan puteri lilin, dah kena panas mula lah cair. He he he he. Harga barang di sini, murah-murah tapi kita kena pandai tawar-menawar, kalau tak, kena  tipu. Saya sempat membeli beberapa pasang telekung untuk dihadiahkan kepada mak di rumah. Beli key chain untuk kawan-kawan ofis dan juga baju untuk diri sendiri. Kalau ikutkan hati memang tak puas membeli-belah di situ, tapi redha saja lah. Janji saya dah sampai ke Pasar Serikin, Sarawak. Masa mula-mula sampai ke sini, berhenti je kereta, terus ada yang datang menjual. Nak tahu tak apa yang dijual?  Telur Penyu......Hu hu hu hu. Saya tengok telur tu pun saya dah geli apatah lagi nak makan. Kesian pula saya kat penyu-penyu yang bertelur tu, sampai keluar air mata meneran telur-telur dia, datang pula manusia-manusia durjana mengambil telurnya tanpa izin lalu menjualnya kepada manusia yang lain. Sampai hati mereka-mereka ini..!!! Dalam perjalanan pulang dari Pasar Serikin, kami singgah sebentar untuk ber'posing' dengan dinasour yang jinak-jinak belaka. He he he he. Layan beberapa keping gambar yang sempat diambil di situ. Nama tempat itu saya dah lupa (macam biasa, dah tua-tua ni kan).




Petang itu, kami berpeluang untuk membei-belah lagi di Waterfront, Kuching. Kali ini, cuma membeli cenderahati untuk rakan-rakan di ofis dan keluarga. Kedai-kedai di situ, akan mula tutup seawal jam 6 petang, jadi petang itu agak kelam-kabut juga kami membeli-belah. Lagipun masa agak terhad untuk kami singgah dari satu kedai ke satu kedai. Sekali lagi rasa tidak puas..!!!Redha lagi sekali. Hu hu hu hu. Selepas itu, kami menaiki sampan untuk pergi membeli kek lapis Sarawak. Belum pun panas bontot dah pun sampai ke seberang Sungai Sarawak. Tambang sampan cuma 50 sen seorang. Murah sangat-sangat. Bila dah sampai, mula lah rambang mata nak memilih kek lapis. Macam-macam ada, cantik-cantik pula ditambah dengan warnanya yang terang dan rasa yang pelbagai. Kek-kek tersebut siap dibungkus dalam kotak untuk memudahkan pelanggan bawa balik ke Semenanjung.  Sempat juga bergambar tau!! He he he he. Lepas itu, bergegas pula ke Pasar Satok untuk membeli ikan terubuk masin. Fuhh....penat sangat-sangat tapi seronok.




Selebihnya kami pergi bergambar dengan kucing-kucing yang popular di Bandar Kuching ini. Memang tidak sah kalau tidak bergambar bersama-sama mereka. Nanti tidak ada kenangan pula. Jom layan gambar-gambar terakhir di Kuching, Sarawak. Suatu percutian yang memenatkan tetapi cukup teruja dan bersyukur kerana berkesempatan menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang. Kalau ada rezeki lebih, ingin juga terbang sekali lagi ke Kuching, Sarawak. Masih banyak lagi tempat menarik yang belum dikunjungi. Insyaallah.....!!




16/10/11 ~ Masa untuk pulang ke Semenanjung. Tak sabar pula nak balik ke rumah. Tempat  orang tidak akan pernah sama dengan tempat sendiri. Almaklumlah dari kecil sampai sekarang dah biasa bercakap loghat Kedah. He he he he. Suatu hari nanti, kami pasti datang lagi. Selamat Tinggal Kuching....!!! 





" Selagi kita bernyawa di muka bumi ini, berusahalah untuk hidup dengan bahagia, bergembiralah dengan rezeki yang diperolehi, bersyukurlah dengan ketetapan Allah serta Redha dengan setiap ujian/dugaan yang datang dariNya"

No comments:

Post a Comment