CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 17, 2012

Sedang Apa Dan Dimana.....S.A.D.D

Sedang Apa Dan Dimana....Dirimu yang aku cinta..Ewah!!!Jiwang pulak saya malam ini. Tapi kan bukan malam ini saja saya jiwang kerana saya ni memang tersangatlah jiwang orangnya. Sensitif pulak tu. He he he he

Ok. Kita berbalik kepada tajuk pos ini. Bagi sesiapa yang ada menonton drama terbaru di TV9 (Ariana Mikail) pasti ada dengar kan lagu tema drama tersebut. Mungkin ada yang tak tahu tajuk lagu tersebut, macam saya juga pada mulanya. Saya ingatkan lagu ni adalah lagu dari Kumpulan Krispatih dari Indonesia kerana saya memang minat sangat-sangat dengan kumpulan ini. Memang saya akan layan semua lagu-lagu dari mereka. Dengan berbekalkan maklumat yang sedikit, saya mula mencari lagu tersebut di Youtube tapi hampa kerana sebenarnya lagu tersebut bukan nyanyian kumpulan tersebut. Ianya merupakan nyanyian dari bekas penyanyi Krispatih, Sammy Simorangkir

Dipendekkan cerita,  Sammy Simorangkir kalau tak silap saya, dia dipenjarakan disebabkan oleh dadah. Jadi dia disingkirkan dari kumpulan krispatih dan sekarang dia sudah pun dibebaskan dan sudah pun mengeluarkan 'single' nya yang bertajuk SEDANG APA DAN DIMANA, secara solo. Rupa-rupanya selama ini saya meminati kumpulan krispatih hanya kerana saya sukakan lagu-lagunya yang dinyanyikan oleh  Sammy Simorangkir. Suara dia memang tersangat meletup dan tiada tandingan (bagi saya lah) sebab unik sangat. Tak dinafikan suara penyanyi-penyanyi dari Indonesia ini agak istimewa. Jangan salah faham pula, penyanyi-penyanyi dari Malaysia pun merdu-merdu juga suara mereka. 

Saya poskan kat sini video klip dan lirik lagu ini khas untuk anda yang juga jiwang macam saya. He he he he. Kenapa la saya gila sangat dengan suara mamat ni.....?? Terima Kasih kepada produksi drama Ariana Mikail kerana gunakan lagu ini sebagai lagu tema drama tersebut. Terima kasih juga untuk Nora Danish yang berlakon sebagai heroin dalam drama tersebut. Kalau pelakonnya adalah bukan Nora Danish belum tentu saya akan menonton drama ini. Senyum sampai ke telinga setiap kali saya mendengar lagu ini. Biar senyum sampai ke telinga, jangan pula senyum sampai putus telinga. Itu dah kes parah dah. Saya tak galakkan aktiviti ganas berlaku di blog ini ye. He he he he.


Dulu selalu ada 
Waktu untuk kita
 Kini ku sendiri
 Dulu kata cinta 
Tak habis tercipta
 Kini tiada lagi (lagi)

Sedang apa dan dimana 
Dirimu yang dulu ku cinta
 Ku tak tahu tak lagi tahu 
Seperti waktu dulu
 Apakah mungkin bila kini 
Ku ingin kembali
 Menjalani janji hati kita

Sedang apa dan dimana wooo
 Sedang apa dan dimana 
Dirimu yang dulu ku cinta
 Ku tak tahu tak lagi tahu 
Seperti waktu dulu
 Apakah mungkin bila kini 
Ku ingin kembali
Menjalani 
Menjalani 
Menjalani 
Janji hati kita

Video klip ini menunjukkan kisah percintaan yang terputus di tengah jalan disebabkan oleh kesilapan si lelaki (kesalahan jenayah kot). Bila si lelaki ni dah bebas dari penjara, dia mencari cintanya semula. Akhir cerita, si perempuan kembali kepadanya. Biasalah cerita cinta, bermula dengan keasyikan bercinta, berlaku halangan/dugaan dipertengahan cerita dan kesudahan yang gembira di akhirnya.

Di dunia realiti, saya memang betul-betul kagum dengan si perempuan yang sanggup menerima si lelaki yang merupakan bekas banduan. Di Malaysia rasanya kisah macam ini jarang kita dengar tapi ia tetap ada kerana ia merupakan kes terpencil. Bagi saya, tiada manusia yang sempurna termasuklah diri kita sendiri. Yang penting ialah kesedaran dan keinsafan yang maksimum perlu ditunjukkan oleh bekas banduan itu tadi untuk menjalani kehidupan baru yang lebih bermakna tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Tidak sesekali menoleh. Apa yang ada hanyalah masa depan yang lebih cerah menanti di hadapan.

Sikap masyarakat yang selalu merasakan yang bekas banduan akan terus sesat dalam kejahatan yang pernah mereka lakukan, juga kadang-kadang menyebabkan mereka ini terjerumus kembali ke jalan hitam lagi sesat. Apa-apa pun, kita tidak perlu menuding jari kepada sesiapa pun, yang penting keikhlasan di hati mereka itu sendiri. Jika jalan hitam yang dipilih, maka hasilnya akan tetap hitam. Jika putih yang dipilih, maka putihlah jalan tersebut. Sentiasa ada peluang untuk berubah. 


Ok lah, rasanya saya dah mengulas isu tersebut terlalu jauh. Rasa macam saya sedang membuat karangan Bahasa Melayu untuk SPM pula. He he he he. Dari rasa jiwang terus ke sesi motivasi, bolehkah macam itu? Jadi, buat anda semua jangan lupa ikuti drama Ariana Mikail di TV9 setiap hari isnin dan selasa, 830 malam. Saya tak sabar nak tahu penghujung cerita tersebut. Saya tak mahu beri sinopsis drama tersebut kerana dah banyak blog-blog lain yang sudah pun menulis pasal sinopsisnya. Seronok kan kalau dapat ke Paris..!! Bila la agaknya ada peluang keemasan macam tu tapi mana lah tahu kan tiba-tiba dapat rezeki terpijak, boleh lah ke Kota Cinta a.k.a Paris. Insyaallah.....:-)

"Cinta Pertama, Cinta Selamanya"

No comments:

Post a Comment