CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 18, 2012

ROTI PUTIH + SARDIN CACA MARBA

Ermmm......terliur saya bila melihat gambar di sebelah ni. Anda semua terliur tak? Walaupun cuma masak sardin saja, itu pun dah cukup sedap hingga menjilat mangkuk. He he he he. Nak tahu macam mana saya masak sardin caca marba? Jom kita tengok resipinya.

Bahan-Bahan :

1) 1 tin Sardin Cap ayam (kalau nak murah sikit pakai sardin Cap Kingcup)
2) 1 Biji Bawang besar
3) 1 Biji Cili Merah 
4) 2 ~ 3 Biji Cili Api (kalau nak pedas, lebihkan lagi)
5) 1 Biji Limau Nipis

Cara Menyediakannya :

Senang dan ringkas dan mudah. Masukkan sardin tadi ke dalam mangkuk besar dan hancur-hancurkan dengan garfu. Potong dadu bawang besar dan hiris-hiris halus cili merah dan cili api. Selepas itu masukkan ke semua tadi ke dalam mangkuk yang berisi sardin. Gaul rata dan perahkan limau nipis ke dalamnya. Akhir sekali masukkan mangkuk tadi ke dalam ketuhar gelombang mikro (microwave). Tunggu beberapa minit, dah pun siap. 

Saya gunakan ketuhar gelombang mikro sebab dekat pejabat saya tak ada dapur. Jadi, disebabkan hari itu saya dan kawan-kawan lapar sangat dan kebetulan pula hujung bulan (faham-faham la kan), ini lah resepi yang paling sesuai dan jimat selain dari megi segera. Tukar selera pula kali ini. Di makan pula dengan roti putih, teramatlah sedap. Meletopss!!!

Jom kita layan beberapa keping gambar aksi saya dan kawan-kawan saya yang sedang menikmati hidangan tengahari pada hari itu. Tapi gambar saya tak ada tau sebab saya lah tukang 'snap' gambar mereka. He he he he. Anda semua dibenarkan untuk meniru aksi mereka asalkan jangan sampai tercekik sudah. 

 
Roti Putih + Sardin Caca Marba


 Perut Kenyang, Senyum Pun Lebar Sangat sekali dengan mata pun terbeliak. He he he he


Semangat Kan ??? Yang Pakai Mahkota Itu lah Juara Makan-Makan Pada Hari Itu, Puan Azizah tapi Hari-Hari Lain Pun Dia Tetap Juara.

Itulah sahaja coretan saya untuk kali ini. Semoga anda semua dapat mencuba resepi di atas kerana saya rasa ianya sangat mudah, ringkas dan pantas. Budak tadika (betul ke???) pun dapat menyediakannya. Selamat mencuba...........!!!!

1 comment: