CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 15, 2012

Daulat Tuanku.....Allah Lanjutkan Usia Baginda....

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia......
Sudah lama saya tidak kemaskini blog saya almaklumlah komputer riba saya diserang virus-virus ganas secara tiba-tiba. Habis semua maklumat penting hilang dengan sekelip mata sahaja. Sedihnya hati tapi tidak mengapalah itu semua dugaan-dugaan kecil dalam hidup saya. Alhamdulillah, komputer riba saya dah pun sihat seperti sebelumnya dan kebetulan hari ini adalah hari cuti umum bagi negeri Kedah bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kedah.

Jadi, tangan ini rasa gatal pula nak menulis. Pada mulanya saya tak ada idea nak menulis mengenai apa, tetapi saya terfikir kenapa tidak saya menulis sahaja mengenai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah dan juga baru sahaja dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Yang ke-14 baru-baru ini. Mula-mula kena lah letak gambar Tuanku Sultan dahulu supaya sesiapa yang  tak kenal rupa Sultan pujaan rakyat Negeri kedah dah boleh ingat rupanya yang sangat kacak itu. Hehehe........Walaupun dah berumur, Tuanku Sultan masih sihat dan cergas. 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,

D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

Selepas dah kenal dengan rupa Tuanku Sultan, kita tengok pula sedikit mengenai latar belakang Tuanku Sultan. Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1946 – 1948).

Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan setelah mengikuti satu kursus persiapan, baginda telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1955 Baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Pada tanggal 9 Mac 1957. Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah telah berangkat keluar negara pada 12 Mac hingga julai 1957.

Baginda telah bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada Mac 1956 di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Almarhumah adalah merupakan Puteri sulung kepada Yang diPertua Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad yang juga Yang diPertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil perkahwinan diraja ini, Tuanku berdua telah di kurniakan tiga orang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pada tanggal 26 Ogos 2003, Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah telah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

Baginda juga telah bertemu jodoh dengan Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun pada 25 disember 1975. Pada tanggal 9 Januari 2004, telah berlangsung satu istiadat permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai Perak, Darul Ridzuan.

Tuanku Sultan Abdul Halim mempunyai minat bermain golf. Sukan golf turut menjadi kegemaran Tuanku Sultanah. Selain golf, semasa muda Tuanku Sultan juga gemar bermain tennis dan billiard.Bagaimanapun, sekarang, Baginda hanya bergiat dalam pemainan golf. Walaupun Baginda gemar bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi yang lain iaitu melancong dan fotografi.

Baginda juga berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954. Baginda juga telah mengelilingi dunia pada tahun 1963. Baginda juga amat berminat kepada pemeliharaan haiwan di Istana Anak Bukit. Terdapat Taman Haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung-burung kegemaran Baginda dan juga binatang seperti kuda dan rusa. Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semulajadi dan senantiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.

Jika rakan-rakan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai baginda, sila layari laman web ini : http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my

Semoga Tuanku Sultan sentiasa sihat dan dapat mentadbir Negeri Kedah dengan jayanya. Kami rakyat Kedah sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku. Semoga Tuanku Sultan  sentiasa berada di dalam Redha Allah s.w.t. Amin...Amin....Amin



Untuk menaikkan lagi semangat patriotik kita sebagai rakyat negeri Kedah saya tepekkan kat sini lagu negeri Kedah Darulaman. Seingat saya, masa dekat sekolah dulu memang hari-hari akan nyanyi lagu ini sebelum masuk kelas tapi sekarang ini tak pernah langsung menyanyikan lagu ini. Bagi sesiapa yang dah lupa lirik lagu ini, saya sertakan sekali kat bawah tu...;-)



Allah Selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Ugama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata -Rata


"Jadilah Manusia Yang Berguna Demia Bangsa, Agama dan Negara"

No comments:

Post a Comment