CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 12, 2011

Mengidam........???

Bukan mengidam yang ni tau...
Mengidam??? Ermmm.....macam orang mengandung saja saya dan rakan-rakan semenjak dua menjak ini walaupun tiada seorang pun diantara kami yang berbadan dua. Akhirnya tengahari kemarin kami semua sudah memperolehi apa yang diidamkan, tetapi semuanya sudah selamat masuk ke dalam perut masing-masing. Tentu dah dapat agak kan apa yang sebenarnya kami idam-idamkan. Ianya adalah sejenis makanan segera, yang jarang-jarang ditawarkan oleh premis makanan segera tersebut. Nak tahu apa yang diidam-idamkan selama ini? Inilah dia kami mempersembahkan......satu-satunya.....The 'Prosperity' Burger dari McDonalds. Alhamdulillah apa yang dihajatkan sudah pun tertunai akhirnya. Bagi saya, ini merupakan kali pertama saya makan burger jenis ini. Selalunya kegemaran saya ialah burger 'Big Mac'. Tapi kali ini, saya ingin menukar selera pula, lagipun sekali sekala sahaja McDonalds menawarkan menu ini. Agak pedas juga rasanya disebabkan oleh sos lada hitamnya yang begitu pekat. Fuhhhh....meleleh air hidung dibuatnya....hehehe

Sebelum.........;-)


































































































Dah tinggal separuh..... ;-)
Selesai sudah.....kenyang!!!
Alhamdulillah kerana dapat juga melangsaikan hutang kehendak perut diri sendiri. Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang lain. Semua nampak bersemangat semasa makan tengahari kemarin. Saya tepekkan wajah-wajah ceria mereka semasa menikmati hidangan tersebut di bawah ini. Lain kali kita makan lagi ye rakan-rakanku sekalian. Kalian memang terbaik lah.....!!!

Senyum......;-)
Senyum....;-)
Bergambar dulu.......;-)

Dicelah-celah kentang.....;-)



Destinasi makan-makan yang manakah yang akan saya tujui selepas ini? Sama-sama lah kita tunggu.......Selamat menjamu selera rakan-rakan semua, yang penting jangan makan sehingga anda sendiri dah tidak mampu nak jalan selepas itu. Berpada-pada lah...!! Jumpa lagi......Ceria-ceria selalu.

2 comments:

  1. ya betul la tu shieda....hehehe, kita jumpa masa dekat TOT penang dulu tu...blog ni sy buat suka2 jek, follower bpe kerat je, tu pun sy pksa kwn2 suruh jd follower...hehehe, masih bnyk yg perlu belajar!!

    ReplyDelete