CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 8, 2011

Gelombang Ombak Rindu.......

Poster Filem 'OMBAK RINDU'
OMBAK RINDU........di mana-mana sahaja ramai yang memperkatakan tentang filem ini. Apa yang menarik sangat mengenai filem tersebut. Saya pun belum lagi menonton lagi filem ini, tapi Insyaallah saya pergi jugak menonton filem ini kerana saya sendiri terpengaruh dengan cerita-cerita dari rakan-rakan saya. Filem ini diadaptasikan daripada novel 'OMBAK RINDU' karya Fauziah Ashari. Rasa-rasanya saya pernah membaca novel tersebut tetapi sudah lama, maka memori mengenai novel ini pun tak berapa nak ada lagi. Yang pasti cerita ini memang akan membuatkan pembaca menangis...kalau dalam bahasa yang sempoi, boleh tangkap leleh lah. Nak tahu s aya akan tangkap leleh atau tidak, kena lah saya pergi menonton filem ini. Rasa-rasanya saya pun akan syahdu juga nanti kerana saya ini sangat sensitif orangnya. Hehehe........jom sama-sama kita baca sinopsis cerita ini dahulu ;

Novel 'OMBAK RINDU'
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 
Bagaimanakah akhirnya cinta tiga segi antara Hariz, Izzah dan Mila Amylia?
 
Persoalan di atas hanya mampu saya jawap setelah saya sendiri pergi menontonnya dalam masa terdekat ini. Dengar khabarnya kutipan untuk filem ini sudahpun mencecah RM 6 juta walaupun baru ditayangkan di pawagam selama 6 hari.  Akhir kata, tidak mustahil sekiranya filem ini akan terus meletup di pawagam dan dapat mengatasi rekod filem KL GANGSTER. Sama-samalah kita nantikan......Yang penting, kena sediakan tisu lebih jika menonton filem ini. almaklumlah, orang perempuan ini makhluk tuhan yang teramatlah sensitif.

OMBAK RINDU
Nyanyian : Hafiz dan Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…
uuu…uuu..



 
Cinta sesama manusia itu memang mengasyikkan, akan tetapi Cinta kepada ALLAH adalah yang paling Abadi.
Kejarlah Cinta yang abadi itu demi untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insyaallah.........ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.  
 

1 comment:

  1. Saya sudah pun menonton filem ini, hasilnya akan saya ceritakan di blog ini sedikit masa lagi...Insyaallah

    ReplyDelete