CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 13, 2011

Meluncur Belon ke Kuching, Sarawak.......13-16/10/ 2011 (Part 1)

Sebenarnya, percutian ini sudah pun sebulan berlalu tetapi aku baru nak 'update' kat blog ini. Almaklumlah, sibuk sejak dua menjak ini dengan kerja. Apa yang boleh aku katakan mengenai percutian ini adalah ia merupakan perjalanan yang agak memenatkan dan ada jugak suatu peristiwa yang tidak aku puas hati. Secara keseluruhannya, ianya berbaloi kerana segala urusan tiket dan penginapan dilakukan setahun yang lalu. Macam tu lah kalau nak bercuti tapi bajet nya ciput. hehehe.......Yang penting boleh berseronok dengan kawan-kawan. 


Catatan perjalanan aku dan kawan-kawan bermula pada 12 Okt. 2011, aku dan Fuzah bertolak dari Jitra untuk ke Baling mengambil Ziela dan seterusnya ke Pulau Pinang. Kami terpaksa mencari aktiviti sendiri semalaman kerana penerbangan kami adalah pada 13 Okt. 2011 pukul 7.05 pagi. Jadi, untuk menjimatkan duit poket masing-masing kami mengambil keputusan untuk lepak-lepak di Pulau Pinang. Destinasi tidak dirancang sebaliknya cuma mengikut gerak hati sahaja. Tetapi sebelum sampai di Pulau Pinang, aku dan Fuzah sesat untuk ke Baling. Entah apalah yang kami berdua fikirkan kerana kami sudah ke Baling 3 kali sebelum ini dan kesemuanya kami sesat nun jauh tersasar dari laluan yang sepatutnya. Gelak besar kami berdua di dalam kereta. Akhirnya kami sampai juga ke Kg Rambong Bt. 7, Baling tapi hari sudahpun  gelap. Setelah mengambil Ziela kami terus mengisi perut yang sememangnya sudah pun berkeroncong sejak dari petang tadi lagi. setelah kenyang, kami bertolak ke Sunway Carnivall untuk menonton wayang Tengah Malam. Cerita yang dilayan malam itu adalah cerita Cina pasal Ular Putih. Tajuk dah tak ingat......huhuhuhu. Nak dijadikan cerita malam itu kami tidur di dalam kereta sahaja di Padang Kota. Pukul 4 pagi terus ke Restoran Nasi kandar Subaidah, Sungai Dua untuk mengisi perut sebelum ke lapangan terbang.


Sabar Menanti......walaupun tidak cukup tidur!!!
Senyum...tak perlu kata apa-apa...hehehe


Setelah berpenat lelah seharian di dalam kereta akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu "City Of The Cat" aka KUCHING, SARAWAK. Yeehaaaaa.........Maka dengan itu bermulalah catatan perjalanan aku dan kawan-kawan selama 3 hari 4 malam. Penatnya rasa sebaik sahaja sampai ke destinasi almaklumlah sudah bertahun tidak menaiki kapal terbang. Rasa takut pun ada tapi macam biasalah kena buat relax sahaja. hehehe.........kita ikuti catatan selanjutnya di Meluncur Belon ke Kuching, Sarawak.......13-16/10/ 2011 (Part 2).


Kita layan dulu lagu ini ~ Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Memang syiok sangat-sangat lagu ni....macam dibuai mimpi saja)








Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



No comments:

Post a Comment