CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 8, 2011

Bila Rasaku Ini Rasamu.......

Love you honey bee.........:-D
Sayang,

Kau hadir di saat aku terkapai-kapai,
Mencari erti hidup,
Kau hadir di saat aku rapuh,
Menghadapi hari-hariku yang suram,
Kau hadir di saat aku hilang,
Sesat di dalam dunia kelamku....

Sayang,

Bila rasaku ini rasamu,
Aku mohon kau mengerti,
Tidak lebih ku pintu selain kau menyayangiku,
selagi ada nyawa,
selagi ada usia,
Selagi ada waktu,
Aku cuma mahu bersamamu,
Di dunia kita berdua....

Sayang,

Bila rasaku ini rasamu,
Aku bersyukur,
Atas kurniaan sekeping hati yang tulus,
Sekeping jiwa yang mulus,
Seindah kasih sayangmu,
Untuk diriku,
Yang tak pernah menduga,
Untuk jatuh cinta lagi....

Sayang,

Maafkan diriku,
Atas keterlanjuran,
Atas ketidakprihatinan,
Atas kekhilafan,
Atas kekasaran,
Maafkan diriku,
Kiranya aku menggores hatimu,
Berilah aku ruang,
Untuk menjadi yang lebih baik,
Untuk dirimu.....

Sayang,

Bimbinglah aku,
Tunjukkan aku,
Jalan yang lurus,
Berilah aku tongkat,
Untuk aku berpaut,
Sambutlah aku,
Bila aku jatuh,
Pimpinlah aku,
Bila aku tak berdaya....

Sayang,

Biarlah RASA ini sentiasa mekar,
Dalam apa jua keadaan,
Dalam apa jua kekusutan,
Semoga RASA ini akan sentiasa manis,
Walaupun ada pahit,
Walaupun ada kelat,
Biarlah RASA ini sentiasa berseri,
Bak sekuntum bunga DAHLIA yang kembang,
Bak MATAHARI yang sentiasa bersinar,
 Tanpa menghiraukan hujan serta ribut,
Yang sentiasa menguji keutuhan bumi......


Bila RASAku ini RASAmu......


No comments:

Post a Comment