CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 18, 2011

Perempuan Oh Perempuan.........Sukarnya Memahami Hati Mereka....Ye Ker..???

" Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya "

Sukarkah untuk mengerti hati seseorang yang bergelar perempuan?  Tetapi  ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya wujud sikap saling memahami dan sanggup untuk memberikan sepenuh pengertian terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan perempuan. Terlalu indah menjadi seorang perempuan dan perasaan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi entah kenapa ada perempuan yang suka berlagak dan berperangai macam lelaki. Walaupun perempuan mempunyai 9 nafsu berbanding 1 akal, tetapi ianya perlu lah dipandang dari sudut yang positif. Walaupun dengan cuma 1 akal, tangan seorang perempuan itu mampu mengoncang dunia. Begitulah hebatnya perempuan.

Tetapi tidaklah saya menidakkan kehadiran lelaki dalam hidup perempuan. Kehadiran lelaki dengan 1 nafsu dan 9 akal telah melengkapkan lagi erti kewujudan sebenar umat manusia di muka bumi ini. Setiap umat manusia di atas muka bumi ini memang telah ditakdirkan berpasangan. Kalau bernasib baik, dapatlah seorang perempuan itu menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama suami tanpa perlu berkongsi kasih. Jika tidak, terpaksalah redha dengan ketentuannya. Semua manusia impikan bahagia. Tetapi sebelum mengecapi bahagia tersebut, akan ada laluan yang berliku yang mana memerlukan setiap manusia melaluinya dengan penuh kesabaran. Setiap kali juga kita akan bertemu dengan orang yang salah......Tidak mengapa, itu semua pengalaman untuk kita dan pengalaman akan mengajar kita erti TABAH.


" Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita"

Bagaimana untuk memahami perempuan..?? Perempuan memang dilahirkan sebagai insan yang lemah, jiwanya penuh dengan sifat lemah-lembut, hatinya penuh dengan kesopanan dan setiap katanya penuh dengan kelembutan. Sekeras mana pun seorang perempuan itu, jauh di sudut hati mereka masih terselit sifat-sifat keperempuanan mereka. Oleh itu, tidak susah untuk memahami mereka. Bertuturlah dengan kata-kata yang menyenangkan hati, prihatin lah dengan setiap gerak langkah mereka, sentiasa membuatkan mereka ini merasa selamat tidak kira dalam apa jua situasi dan fahamilah emosi mereka kerana perempuan kebanyakkannya sensitif terhadap persekitarannya. Sentiasa bertimbang rasa dalam setiap keputusan yang diambil, dengar apa kata mereka dan seboleh-bolehnya jangan bertindak kasar kerana kekerasan bukanlah suatu cara untuk memenangi hati perempuan.


" Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri "


" Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut "
 

TERCIPTA UNTUKKU

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Sungguh hanyalah dirimu
Yang aku cintai
Dan sungguh ku kan disisimu
Hinggaku mati

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimuSepanjang Hidupku




" Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya "
Senyum-Senyum Selalu....!!!
~ Semoga Hari Esok Akan Lebih Membahagiakan Kita....Insyaallah ~ 

No comments:

Post a Comment