CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 27, 2011

Warkah BuatMu ~ Aku Rindu Kamu............

Hebatnya penangan rindu.....aduh!!! Apa yang dibuat semua serba tidak menjadi. Kenapa aku rindu sangat sedangkan setiap hari tak pernah culas ber 'sms' dan bergayut di telefon berjam-jam lamanya. Setiap hari menatap gambar dia tetapi semua itu masih tidak dapat menghilangkan rasa rindu di hati ini. Pabila difikir-fikirkan kembali, semua yang berlaku di antara aku dan dia macam suatu mimpi indah yang tak pernah dimimpikan sebelum ini. Kenapa aku dan dia baru sahaja dipertemukan..??? Siapalah kita hendak mempersoalkan ketentuan Tuhan Kerna setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita sebagai hambaNya perlu sentiasa Redha. Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana masih memberi aku peluang kedua untuk menyayangi dan mencintai seseorang yang bernama lelaki. Terlalu indah perasaan yang hadir pada ketika ini, sepertinya aku ingin selalu berada disampingnya untuk seluruh hidupku. Jauh disudut hati aku bimbang tidak memberikan yang terbaik buat diri dia. Aku berterima kasih pada dia kerana mengingatkan aku kembali bagaimana rasanya disayangi dan dicintai. Tiada kata yang dapat diungkapkan betapa aku gembira dengan kehadiran dia dalam hidupku. Aku terlalu menghargai dia kerana dia menerima aku tanpa banyak soal, biasalah aku bukan manusia yang sempurna tetapi Insyaallah aku cuba untuk menyayangi dan mencintai dia dengan sepenuh hatiku. 

Hebatnya penangan rindu sehinggakan aku tidak mampu melupakan dia walau sesaat pun. Setiap gerak nafas aku hanya ada dia dan dia dan dia. Aku sudah angau kan dia, malu rasanya mengakui perasaan ini tetapi inilah hakikat yang aku tidak lagi dapat menepisnya. Dia terlalu istimewa dan terlalu berharga buatku. Semoga impian yang kami inginkan bersama akan termakbul suatu hari nanti. Aku tidak pernah culas berdoa selepas solat semoga hubungan antara aku dan dia sentiasa berada di dalam keberkatanMu Ya Allah.Semoga perjalanan hidup aku dan dia di masa hadapan penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan. Bimbinglah aku dan dia Ya Allah ke jalan yang diRedhai olehMu. Tunjukkanlah aku dan dia hidayahMu supaya aku dan dia sentiasa berada di bawah payung rahmatMu. Kurniakan aku dan dia kesabaran serta ketabahan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang telah ditetapkan olehMu Ya Allah. Semoga aku dan dia mampu menjadi umatMu yang Soleh dan Solehah. Begitu besar pengharapan aku dengan hubungan ini dan aku tidak mampu menolak kehadiran dia dalam hidupku. Berilah aku dan dia kesempatan untuk melayari kehidupan bersama di dunia dan akhirat. Panjangkan usia aku dan dia supaya kami berpeluang melihat permata hati kami membesar menjadi umatMu yang terbaik. 

Hebatnya penangan rindu sehingga kan aku tidak mampu tidur sebelum mendengar suara dia. Hebatnya cinta dan kasih sayang dia padaku. Aku bersyukur padaMu kerana mengurniakan seorang insan yang benar-benar menyayangi diriku. Peliharalah kesucian hati aku dan dia selama-lamanya. Hanya dia yang aku mahu.......................tiada yang lain setanding diri dia. Tiada yang sehebat cinta dia. Tiada yang sesuci hati dia...........Aku Rindu Kamu wahai si DIA. Aku terlalu rindu...........Mengertilah hatiku ini wahai DIA. Aku mahu menjadi milikmu selamanya. Mahukah kau bersama-sama denganku melayari kehidupan yang tak pernah terjangkau dek akal aku dan kau selama ini. Tali cintamu merantai diriku dari menjauhimu.....:-)


AKU RINDU KAMU......




AKU DAN DIRIMU..............


No comments:

Post a Comment