CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 7, 2011

Resipi : Sambal Ikan Bilis + Kacang + Tempe

Assalamualaikum....

Lama dah rasanya tidak menulis mengenai resipi pilihan saya. Untuk kali ini, saya pos kan resepi pilihan saya yang sangat ringkas dan mudah untuk memasaknya. Resipi ini memang menjadi kegemaran saya dan keluarga. Saya sertakan resipi nya seperti di bawah :

Bahan-bahan :

Tempe (secukupnya)
Kacang Mentah (secukupnya)
Ikan Bilis (secukupnya)
Bawang Kecil ~ ditumbuk
Bawang Putih ~ ditumbuk
Cabai Kering ~ dikisar halus
Air Asam Jawa
Gula
Garam
Minyak Masak (secukupnya)

Cara-Cara Memasak :

Panaskan kuali. Bila minyak sudah panas, tumiskan bawang kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Masukkan cabai kering yang sudah dikisar halus setelah bawang tadi garing. Masukkan gula serta air asam jawa. Sementara  menunggu sambal tadi betul-betul masak, gorengkan tempe yang telah dipotong kecil (dadu), kacang tanah dan ikan bilis. Ketepikan. Apabila sambal tadi agak-agak nak masak, masukkan garam secukup rasa. Setelah sambal tadi sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dimasukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Setelah sejuk gaulkan semua bahan tadi dan hasilnya seperti gambar di bawah :-

Wallah.........sila lah cuba ye..!!

Ringkas kan resepi ini. Boleh disiapkan dengan pantas dan sedap dimakan dengan nasi panas ataupun roti (bagi mereka yang tengah diet). Entah kenapa saya memang suka makan tempe, tidak kira lah dengan hanya digoreng, di masak sambal dan di buat masak lemak atau lontong. Tetapi ada juga sesetengan orang tak suka makan tempe. Tak sesuai dengan selera mereka agaknya. Di bawah ini saya serta sedikit maklumat mengenai TEMPE. Mungkin setelah mengetahui khasiatnya, akan ada yang berminat untuk mencuba makan TEMPE.

TEMPE
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten,serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan. Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis, dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun. Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

TEMPE
Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan bahawa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging). Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.

hehehe....hari itu dietku hancur..!!!
Jadi, agak-agak selepas ini nak makan tempe tak setelah tahu khasiatnya. Cubalah rasa dahulu, saya pasti anda semua akan terus berselera untuk memakannya. Pada hari tersebut, saya ada juga memasak AYAM GORENG BEREMPAH 'pinkydahlia', disamping itu, ada juga pucuk ubi masak lemak, ikan goreng serta ikan pari bakar cicah air asam. Hmmm...cukup membuatkan saya makan nasi tiga pinggan, kalau dah macam itu gayanya, selamat tinggal lah diet ku...tidak mengapa lah, lain tahun saya boleh diet lagi. Hehehehe..........lagipun ada orang cakap, dia tak kisah pun kalau saya gemuk. Siapa ye orang itu? Untuk orang itu, terima kasih kerana berusaha untuk menyedapkan hati saya. Saya berdiet cuma untuk kepuasan diri sendiri dan saya juga mahu berasa selesa jika berada di khalayak ramai. Tiada niat yang tersembunyi. Saya memang jenis orang yang kuat makan dan saya tidak memilih. Tetapi, berat badan saya cepat naik kalau makan secara tidak terkawal. Mahu atau tidak saya perlu berdiet juga.

Jadi, di bawah ni saya tempekkan gambar-gambar hidangan pada hari tersebut. Cukup menyelerakan walaupun semuanya cukup ringkas. Jom....kita layan...!!!!

Ayam Goreng Berempah 'pinkydahlia'

Ikan Pari Bakar

Air Asam

Menu pada hari itu......wallah
Sekian dahulu untuk pos kali ini. Diharap ada lah yang berminat untuk mencuba resepi di atas. Agak-agak kalau saya tempekkan video lagu kat pos ini, sesuai tak? Hmm......tak kisah lah, jom kita layan video ini. Saya dah terfikir untuk cuba memasak kari kepala ikan pula selepas ini. Pandai ke saya memasaknya. Kalau saya tak cuba mana saya tahu saya pandai atau tidak. Nanti saya tempekkan resipi serta gambar selepas saya berjaya memasaknya.
Nikmati lah hari-hari anda dengan ceria.......



Terima kasih daun keladi saya ucapkan kepada yang sudi membaca pos ini. Sekadar perkongsian yang tidak seberapa dari saya. Salam sayang untuk anda semua.

No comments:

Post a Comment